Thailand dibom lagi!!!!,,,KALAU ANDA BERHASRAT BAK KE THAILAND, lebih baik tangguhkan!!!!!

loading...


BANGKOK – Seorang warga tempatan maut dan 30 yang lain cedera apabila dua butir bom meletup dekat sebuah hotel di bandar tepi pantai Pattani, selatan Thailand lewat kelmarin, kata polis, kurang dua minggu selepas negara itu digegarkan siri letupan bom.
Leftenan Kolonel Polis Winyu Tiamraj berkata, letupan pertama di tempat letak kereta di belakang Hotel Southern View itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Menurutnya, kesemua mangsa merupakan warganegara Thailand
“Letupan kedua datang dari sebuah trak yang berada di laluan masuk hotel tersebut di hadapan sebuah bar karaoke dan rumah urut. Bom ini menyebabkan satu kematian dan 30 kece­deraan,” katanya.
Menurut jurucakap Pasukan Operasi Dalam Negeri Tentera, Kolonel Yutthanam Petchmuang, kenderaan curi yang digunakan sebagai bom kedua merupakan sebuah trak pikap hospital.
“Kenderaan ini disangka sebuah ambulans,” kata Yutthanam.
Letupan itu berlaku kurang dua minggu selepas siri pengeboman yang menyasarkan beberapa resort tepi pantai di tujuh wilayah di selatan Thailand, menyebabkan empat orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera.
Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan menolak sebarang kaitan antara gelombang letupan itu dan pengeboman kali ini.
“Saya pasti bahawa letupan di Pattani tiada kaitan dengan serangan di tujuh wilayah ber­kenaan,” kata Prawit kepada wartawan di Bangkok tanpa memberikan butiran lanjut.
Sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman pada 11 dan 12 Ogos lalu tetapi sebilangan pakar keselamatan berkata, kumpulan pemberontak di selatan Thai kerap melancarkan serangan bom terselaras.
Sejak 2004, perang kecil tetapi penuh kekejaman antara tentera kerajaan dan pemberontak telah meragut lebih 6,500 nyawa di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia.
Ketiga-tiga wilayah itu menolak draf perlembagaan baharu dalam satu referendum awal bulan ini.
Rundingan damai antara kerajaan dan kumpulan-kumpulan pemberontak diadakan pada 2013 ketika Thailand diterajui kerajaan awam pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, namun terbantut selepas tentera me­rampas kuasa setahun kemudian.


loading...

0 Response to "Thailand dibom lagi!!!!,,,KALAU ANDA BERHASRAT BAK KE THAILAND, lebih baik tangguhkan!!!!!"

klik untuk keluar

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close