London paling ramai bilionair

loading...

AGENSI - DAVID (kanan) dan Simon Ruben mempunyai kekayaan £13.1 bilion.


LONDON – London mempunyai lebih ramai bilionair dalam mata wang pound sterling (£) berbanding mana-mana bandar raya di dunia, menurut senarai hartawan, Rich List 2016 terbitan akhbar The Sunday Times.
Sebilangan taikun paling kaya di Britain hilang banyak kekayaan mereka disebabkan kelembapan jualan runcit, penurunan harga minyak dan krisis industri besi, lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun, kekayaan keseluruhan 1,000 orang terkaya Britain adalah lebih tinggi tahun ini. Negara itu turut memiliki 120 bilionair pound sterling, angka yang hanya diatasi oleh Amerika Syarikat (378) dan China (193).
Menurut akhbar sama, terdapat lebih ramai bilionair pound sterling di London (77) berbanding bandar raya lain, mengatasi New York (61), San Francisco (57) dan Hong Kong (49).
Adik-beradik David dan Simon Ruben mengungguli senarai itu tahun ini dengan kekayaan £13.1 bilion (RM73.8 bilion), meningkat £3.4 bilion (RM19.1 bilion) pada tahun lalu.
Adik-beradik Reuben yang lahir dalam sebuah keluarga Yahudi bangsa Iraq di Mumbai, memiliki hartanah London dan pusat pengendalian data, Global Switch.
Mereka mengatasi adik-beradik taikun industri, Sri dan Gopi Hinduja yang memiliki kekayaan £13 bilion (RM32.2 bilion), angka yang tidak berubah sejak tahun lalu, sementara pelabur, Len Blavatnik dengan aset £11.6 bilion (RM65.3 bilion), merosot £1.6 bilion (RM9 bilion) menduduki tempat ketiga.
Taikun besi, Lakshmi Mittal yang mengungguli The Rich List 2008 dengan kekayaan £27.7 bilion (RM156.1 bilion) sekali gus rekod senarai tersebut pula jatuh ke tangga ke-11. Beliau kini memiliki harta berjumlah £7.1 bilion (RM40 bilion), susut £2.1 bilion (RM11.8 bilion) tahun lalu.
“Mereka yang berada di puncak senarai ini terjejas pada 2016 akibat keruntuhan pasaran saham, harga minyak rendah, krisis industri besi dang kadang- kala disebabkan oleh ketiga-tiga faktor tersebut,” kata penyusun senarai itu, Robert Watts.
1,000 orang terkaya dalam senarai itu mempunyai anggaran kekayaan mencecah £576 bilion (RM3.2 trilion), meningkat daripada £547 bilion (RM3.08 trilion) pada 2015.
Mereka yang berada dalam senarai tersebut pada tahun ini perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya £103 juta (RM580.4 juta), demikian menurut The Sunday Times . – AFP

loading...

0 Response to "London paling ramai bilionair"

klik untuk keluar

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close